KUALA LUMPUR: Pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan Republik China (NPC) ke-14 Zhao Leji memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia dengan mengadakan pertemuan dua hala bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul di Parlimen hari ini.
Zhao dan delegasi tiba di bangunan Parlimen kira-kira 10.30 pagi dengan diiringi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng sebelum disambut Johari di Dewan Rakyat.
Selain Lau, pertemuan kira-kira sejam itu turut disertai Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse.
Bercakap kepada pemberita, Johari berkata antara isu yang dibangkitkan pada pertemuan beliau dengan Zhao ialah perdagangan dua hala dan komitmen China dalam kerjasama perkongsian teknologi pertanian melalui pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di negara itu.
"Sekuriti makanan amat penting dan menjadi hasrat kita untuk tidak terjebak lagi dalam masalah yang kita lalui apabila berlaku krisis di Eropah, tiba-tiba kita di Asia juga menghadapi masalah.
"Jadi kalau ada kerjasama dengan China dan negara ASEAN, kita mempunyai bukan sahaja teknologi tetapi juga ada buruh dan duit untuk memperkukuh hubungan kita sebagai orang Asia yang tidak bergantung kepada Eropah untuk makanan," katanya.
Menurut Johari, tahun depan merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia dan akan mengambil peluang berkenaan untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara seperti menerusi program pertukaran pelajar dan komuniti perniagaan.
Dalam rangka lawatan rasmi, Zhao dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau turut dijadual ke Melaka sebagai sebahagian daripada lawatan termasuk mengunjungi Jonker Walk, Muzium Warisan Baba Nyonya dan Selat Melaka sebelum berlepas pulang ke Beijing pada Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Zhao dan delegasi tiba di bangunan Parlimen kira-kira 10.30 pagi dengan diiringi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng sebelum disambut Johari di Dewan Rakyat. - Gambar Bernama
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Ringgit ditutup tinggi melonjak ke paras 4.68 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6810/6850 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7050/7075 pada Rabu.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.